Friday 14 December 2012

Contoh RPH



Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun                : 1 Bestari
Tarikh                : 3 Mac 2012
Masa                 :  8.30 a.m – 9.30 a.m
Bilangan murid :  24 orang
Tema                 ; Pertanian Moden
Tajuk                : Ternakan

Standard Kandungan :
  
  1.3     :  Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan,                 soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran :

             1.3.2   :  Mendengar, memahami dan memberikan respon dengan betul secara                               lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.


Objektif pembelajaran :
  
            Pada akhir pembalajaran, murid akan dapat:
a)    memahami dan memberi respon kepada sekurang-kurangnya 4 bunyi haiwan yang didengar,
b)    mendengar dan memahami cerita ” Ibu di mana? Kuek!Kuek!Kuek!”,
c)    menyebut sekurang-kurangnya dua pengajaran daripada cerita yang ditonton,
d)    mengeluarkan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal daripada cerita yang dikeluarkan.

Sistem bahasa        :
1.    Kosa kata            :  l.menyalak    2. Mengiau    3. Berkokok   4. mengaum
2.    Tatabahasa         : Ayat tunggal
3.    Kemahiran bahasa        : Kemahiran membaca dan menulis.
4.    Pengisian kurikulum:
Ilmu          : faedah binatang ternakan
           
  Emk  : i.Ilmu                        : Penternakan
               ii.Nilai            : Kasih sayang
               iii.TMK          : belajar melalui TMK
               iv. KBT         : Kemahiran berfikir, kontekstual, kecerdasan pelbagai.



AKTIVITI
LANGKAH-LANGKAH
CATATAN
Menonton tayangan video
Set induksi   (5 minit)
-       murid diperkenalkan kepada tajuk
-       murid menonton tayangan video haiwan-haiwan ternakan
-       murid diminta menyenaraikan haiwan-haiwan yang terdapat dalam video

Ilmu: Penternakan
EMK:TMK
KBT: Kemahiran berfikir, kontekstual
Video bunyi-bunyi haiwan.





Langkah 1  (10 minit)
-       murid menonton tayangan video bunyi-bunyi haiwan
-       murid-murid mendengar bunyi haiwan sahaja kemudian diminta meneka nama haiwan tersebut

EMK:TMK
KBT: Kemahiran berfikir, kontekstual
Video cerita ”Ibu di mana? Kuek!Kuek!Kuek!”

Langkah 2  (10 minit)
-       murid menonton cerita haiwan ”Ibu di mana? Kuek!Kuek!Kuek!”
-       murid mengeluarkan pengajaran cerita

EMK:TMK
KBT: Kemahiran berfikir
Nilai: Kasih sayang
Video cerita ”Ibu di mana? Kuek!Kuek!Kuek!”

Langkah 3 ( 20 minit)
-       murid menonton video sambil mencatat ayat tunggal
-       Murid menyatakan ayat tunggal yang diperoleh

EMK:TMK
KBT: Kemahiran berfikir
Video lagu ”Pak Mamat Ada Kebun”
Langkah 4 (10 minit)
-       murid menonton video lagu ”Pak Mamat Ada Kebun” sambil mengikut menyanyikan lagu tersebut secara perlahan
-       murid menyatakan semula lagu ”Pak Mamat Ada Kebun” secara beramai-ramai
EMK:TMK
KBT: Kecerdasan pelbagai


Penutup (5 minit)
- murid diminta menyenaraikan semula haiwan-haiwan ternakan yang telah dipelajari
KBT: Kemahiran berfikir